Tindakan Ung Limey, 21, bukan sahaja mencederakan bekas kekasihnya Leng Socheata, 23, tetapi lebih malang lagi, motosikal yang mereka naiki kemalangan selepas Ung bertindak mencurahkan asid itu.
Jurucakap polis daerah Prampi Makara Mok Borunchhorsak berkata: “Kami kini memburu wanita itu. Dia dipercayai mahu membalas dendam kerana ditinggalkan apabila hubungan tidak direstui keluarga mangsa.”
Media tempatan menyiarkan gambar Ung dengan wajah dibalut.
Bapa saudara Leng, Sok Sorin berkata, mereka memujuk lelaki itu meninggalkan Ung selepas wanita itu ditahan kerana mencuri barang kemas selain menagih dadah.
“Dia memutuskan hubungan namun beberapa hari kemudian Ung datang menemuinya dan mereka keluar dengan motosikal,” katanya.
Mok mengesahkan Ung pernah ditahan sebelum ini. – HarianMetro
0 Response to "PADAH!!! Asid Disiram Atas Kepala Bekas Kekasih Ditiup Angin Kena Muka Sendiri..."
Post a Comment