MENGEJUTKAN!!! Tindakan Melulu Wanita Yang Sangat Mengejutkan Kerana Diceraikan Suaminya Dengan Talak Tiga...

Wanita tidak puas hati kerana diceraikan dengan talak tiga, Dia mengambil penyelasaian dengan membakar diri depan suami di Pucong, Kuala Lumpur. Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai pejawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selapsa terbakar hampir 80%.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidk berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

"Pasangan berkenaan dikatakan sering bergadu menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungn sulit," katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaaan.

Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika maasih berada dalam kereta.

"Bekas suaminya cuba menghalang pperbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dahulu menyalahkan pemintik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya," katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pentas memukul badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

"Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital," katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan dalam keadaan kritikal dan masih menerima rawatan  di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan.

0 Response to "MENGEJUTKAN!!! Tindakan Melulu Wanita Yang Sangat Mengejutkan Kerana Diceraikan Suaminya Dengan Talak Tiga..."

Post a Comment