Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, Mirsudial dan Norieen juga turut menyatakan mereka bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia.
"Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan," kata beliau. - Siakapkeli.my
Kronologi Kejadian
- Dua dari tujuh pelajar Orang Asli, Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11 ditemui di dalam hutan berhampiran dengan Sungai Perias.
-Dua pelajar itu ditemui bersama satu mayat perempuan.
- Polis sahkan mayat yang ditemui pada 8 Okt sebagai Ika Ayel.
8 Okt 2015:
- Mayat reput yang ditemui pada 7 Okt disahkan sebagai Sasa Sobrie.
- Polis mengesahkan penemuan satu tengkorak dan rangka kanak-kanak pada 3.50 petang.
7 Okt 2015:
- Mayat salah salah seorang pelajar ditemui dalam keadaan reput oleh penduduk kampung di Sungai Perias.
28 Sept 2015:
- Selepas 37 hari hilang, Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi menemui keluarga pelajar dan berkata elemen culik turut diambil kira.
17 Sept 2015:
- Operasi mencari diperluaskan sehingga 140 KM dan melibatkan JPM, RELA, JAKOA serta penduduk.
1 Sept 2015:
- Polis membuat pendedahan sepasang stoking yang ditemui. Polis percaya ia menjadi petunjuk baru dalam kes ini. Bagaimanapun, stoking kemudian disahkan bukan milik mana-mana pelajar yang hilang.
29 Ogos 2015:
- Kawasan pencarian diperluaskan selepas pihak polis percaya kanak-kanak tersebut berkemungkinan tersesat dalam hutan ketika mencari makanan.
25 Ogos 2015:
- Operasi mencari dijalankan oleh penduduk kampung, pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli selepas laporan polis dibuat.
23 Ogos 2015:
- Tujuh orang pelajar Orang Asli dari SK Pos Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang kerana takut dikenakan denda kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.
Sumber
0 Response to "Mirsudial & Norieen... Hanya Makan Rumput & Buah, Buang Mayat Rakan Yang Sudah Tiada [3 Gambar]"
Post a Comment