GEMPAR GILER KES CULIK!!! ABANG NIZAM PEMANDU TEKSI TURUT DITAHAN POLIS, WANG TEBUSAN RM300K DIRAMPAS..

Polis menahan 4  Lelaki yang terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak  berusia lima tahun di Kajang, semalam dan kesemua mereka di tahan kurang dari 24 jam kes tersebut berlaku.


Apa yang menariknya ialah di antara keempat-empat lelaki yang ditahan itu termasuk juga Abang Nizam yang merupakan seorang pemandu teksi yang telah membawa kanak-kanak itu pulang ke pangkuan keluarganya dan video penyerahan kanak-kanak tersebut telah menjadi viral di media sosial semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata salah seorang daripada 4 suspek tersebut adalah warganegara Indonesia.


TANGKAPAN PERTAMA (2 orang)

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Tangkapan pertama yang melibatkan dua orang dibuat pada lebih kurang pukul 10.10 malam semalam di hadapan sebuah pasaraya di sini.

“Kedua suspek berada dalam sebuah kereta dan pihak polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM30,000 yang ditemui di bawah tempat duduk.

TANGKAPAN KEDUA

“Tangkapan kedua pula dilakukan pada jam 12:15 pagi ini di Kajang Raya melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di mana polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM1,050 dari dalam beg duit milik suspek.

“Pihak polis juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM60,500 dari motosikal yang terletak di rumah lelaki tersebut,” katanya semasa satu sidang media di IPK Selangor, pagi ini.

TANGKAPAN KETIGA DAN KEEMPAT

Suspek keempat ditahan di kawasan Perindustrian Bukit Angkat Kajang dan sebuah kereta turut dirampas dalam penahanan itu.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna gelap dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang digunakan semasa kejadian telah dirampas.

“Antara barangan yang turut dirampas termasuk sebuah teksi, wang tebusan RM291, 550, satu motosikal dan empat telefon bimbit,” katanya.

Abdul Samah juga berkata tiga suspek telah mengaku bersalah manakala seorang mengaku tidak bersalah.

“Suspek dijanjikan upah sebanyak RM10,000 bagi menjalankan perniagaan dan selepas bapa mangsa membayar wang tebusan terbabit kedua-dua suspek mendapat bayaran RM20,000 masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi, punca kejadian ialah selepas suspek mempunyai masalah kewangan.

Kanak-kanak itu selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas selama 8 jam kes penculikannya menjadi viral di media sosial dan Whatsapp.

Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak itu diculik di hadapan ibunya sendiri di luar sebuah tadika pada jam 9.26 pagi semalam, kanak-kanak lelaki berkenaan diculik tiga lelaki warga tempatan menaiki sebuah Proton Saga ketika mangsa dihantar ibunya ke sebuah prasekolah di Sungai Chua, Kajang.
 
"Suspek dipercayai memberhentikan kereta di hadapan kenderaan ibu mangsa kononnya ingin bertanya soalan namun ketika berbual, seorang lagi suspek meluru keluar lalu menarik kanak-kanak itu ke dalam kereta dan terus memecut laju," katanya.
 
Menurutnya, dalang kes penculikan itu tinggal dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa dan dipercayai mengenali bapa  kanak-kanak itu atas urusan perniagaan.
 
Tambah beliau, motif sebenar penculikan masih disiasat namun tidak menolak kemungkinan suspek utama, yang menjalankan perniagaan percetakan di Plaza Indah,  Taman Sepakat Indah, Kajang melakukan perbuatan itu akibat masalah kewangan.

Kata Abdul Samah juga, sejumlah wang RM200,000 ditemui di Plaza Indah Sungai Kajang dan sebuah beg berwarna ungu turut dirampas oleh polis. Beg terbabit dipercayai digunakan oleh bapa mangsa untuk mengisi wang tebusan di Pusat Perindustrian Sungai Chua.
 
Abdul Samah berkata, setakat ini polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat.
 
Ketika ditanya hubungan kesemua suspek dan sama ada mereka diupah oleh dalang berkenaan, Abdul Samah berkata polis sedang menyiasat lebih lanjut berhubung perkara itu.
 
Katanya kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan sihat walaupun terdapat sedikit kesan lebam di tangan dan badan.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sumber

1 Response to "GEMPAR GILER KES CULIK!!! ABANG NIZAM PEMANDU TEKSI TURUT DITAHAN POLIS, WANG TEBUSAN RM300K DIRAMPAS.."

  1. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete