Sebelum ini juga pernah tersebar gambar-gambar anak kecil Malaysia yang juga sedang meminta sedekah di Thailand. Nampaknya ini salah satu dari motif penculikan anak kecil yang dikatakan berleluasa ketika ini.
CUBAAN MENCULIK DI KAJANG DAN BANGI
Semalam penduduk Kampung Sungai Ramal memberitahu sukarelawan kami agar lebih ketat mengawal pergerakan anak-anak.
Minggu ini ada 2 kes cubaan menculik secara berdepan dan dilakukan di siang hari di Sungai Ramal ini. Beberapa lelaki menaiki kereta Wira warna Merah dikatakan telah cuba menculik kanak-kanak dan sempat dirampas kembali oleh bapa anak itu yang kebetulan berada dalam rumah lalu keluar setelah anak itu menjerit.
Sepanjang minggu lepas juga banyak kes cubaan menculik yang dilapurkan oleh komuniti penduduk Bangi.
Sesiapa yang ada maklumat lanjut, silalah kongsikan atau beri pencerahan. Masalah sekarang kes penculikan ini juga telah terlalu banyak bercampur aduk dengan berbagai-bagai masalah keluarga.
Pesanan Khidmat masyarakat
WARGA PRIHATIN
0 Response to "Anak Siapakah Ini, Berbahasa Melayu Dijumpai Minta Sedekah Di Thailand..."
Post a Comment